Feed on
Posts
comments

Memalukan

Tidak sabar menunggu hari esok. Esok aku akan pulang kembali ke KL setelah bekerja keras di Penang ini. Bosan sebenarnya lama-lama tinggal di hotel kerana banyak kerja lain terbengkalai di opis. Barangkali aku perlu bekerja weekend ini untuk selesaikan smua kerja-kerja tertangguh. Kalau nak harapkan weekdays je mmg xsempat siapla jawabnya. Ni tak masuk arrange meeting kat cherating dan sabah lg ni. Walaupun baru di peringkat proposal, tetapi dh kena mula siapkan bahan. Asyikmeeting je, bila nak buat keje.

Tidak berhasrat untuk menulis tentang perjalanan hidupku di penang selama 5 hari di sini kerana perlu menunggu sehingga hari terakhir, tetapi harus menukilkan beberapa perkara yang perlu supaya posting seterusnya tidak panjang.

Malu. semua orang malu tetapi kadang-kala sesuatu itu tidak harus dimalukan. Ahad yang lalu aku keluar seawal 7.30pg untuk check in awal bersama luggage di KL sentral. Walaupun penerbangan pukul 10.35, aku memilih untuk bersarapan bersama sahabat di sana. Beliau ke KL sentral untuk menjemput sepupu beliau, pelajar RPKJ kolej ke-12 UM.

Kami bersembang pelbagai perkara sehingga jam 9.20pg. Aku mengambil keputusan untuk melilau seketika di di kedai buku sehingga jam 9.30pg dan terus ke KLIA Express. Train berikutnya adalah jam 9.40pg. Train ekspress sepatutnya hanya mengambil masa 28minit tetapi perkhidmatan ini digabungkan dengan ERL transit meyebabkan ianya mengambil masa hampir 40minit. Sampai di KLIA jam menunnjukkan pukul 10.20pg. AKu hanya mempunyai masa 5minit dari KLIA Ekspress di tingkat bawah ke pintu B6. Pemeriksaan keselamatan amat ketat kali ini, tidak seperti biasa apabila siren berbunyi.

Aku berjalan dalam kemengahan dan ketika melewati gate B5 terdengar pengumuman meminta aku segera ke gate B6 untuk pelepasan segera. huhu. Akhirnya sampai juga. Walaupun lewat dari waktu yang paling lewat (10minit sebelum waktu pelepasan, pintu pesawat akan ditutup), aku disambut dengan senyuman oleh pramugari. Ntah senyuman apa yang diberikan, tetapi senyuman itu membuatkan aku malu sendirian selepas namaku berkumandang di corong speaker. Terima kasih kerana menunggu dengan penuh kesabaran. Barangkali kerana luggage ku sudah berada di dalam perut pesawat, mereka menunggu aku. Pesawat pun tidak penuh seperti biasa menyebabkan aku berjaya mengawal pergerakan pramugara/i. hukhuk.

Kemaluan kedua adalah tentang sikap seorang guru yang sangat mengecewakan. Pada mulanya aku amat menghormatinya tetapi apa yang dilakukannya itu membuatkan terkejut. Seolah-olah tercabut segala topeng yang dipakainya selama ini. Hanya memalukan profesion mulia ini apalagi sahabatku ramai yang memakai tittle itu. Usahlah meletakkan kesalahan sendiri kepada orang lain dek kerana kita ingin memungkiri janji. Cukup hanya mengaku tanpa perlu meletakkan kesalahan itu kepada diri sendiri. Walaupun itu hanya alasan lapuk, tetapi mengambil pendekatan mengaku itu lebih baik. Tiada siapa akan salahkannya tetapi jika anda mengambil jalan ini untuk memalukan diri sendiri, terserahlah. Orang lain boleh mengapa tidak anda. Bukan hanya anda mempunyai tanggungjawab itu. Anda mementingkan diri sendiri.

Aku tidak tahu yang ketiga ini boleh dikategorikan sebagai memalukan. Seorang rakyat kelantan tidak tahu bahawa satu kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang kosong ekoran kematian wakil rakyat DUN Manek Urai, Kuala Krai. Allayarham Poksu Weil meninggal hampir seminggu tetapi rakyat prihatin ini masih tidak tahu. Jika adikku yang bongsu pun boleh berbicara tentnagnya, takkan anda yang sudah berstatus ayah tidak tahu tentang itu. Ambil tahulah tentang sekeliling kita. Bukan hanya mengambil tahu hal sendiri saja.

Okey!!!?

Kemaluan terbesar apabila Hotel Royal tempat penginapanku di Penang gagal menyediakan channel ESPN sekaligus menggagalkan usaha aku untuk menonton Barcelona meg’ayam’kan Man Utd. Setakat channel Star Sport je nak buat apa. Huh, gagal menonton perlawanan akhir Champion League disebabkan tiada channel tersebut di Hotel adalah sesuatu yang teruk. Kalau semi-final boleh gagah lagi, ni Final beb. Bro Banquet mencadangkan aku menonton di bar&lounge hotel di tingkat bawah saja. Tidak sanggup rasanya bila membayangkan kalaulah aku mati di tempat tersebut. Cadangan kedua adalah di Restoran Pelita yang mengambil masa 15minit jika berjalan kaki dari hotel. Ketensionan menyebabkan aku tertidur dalam kekecewaan. Sebelum terbang pulang, aku meninggalkan sekeping nota yang agak panjang kepada pihak pengurusan meluahkan kekecewaan aku ini. hehe. Maybe sebab hotel yang aku menginap ketika Final tahun lepas ada channel ESPN.

Kecewa…

Lama sudah tidak menulis di sini. Komen juga tidak direspon seperti sebelumnya. Bukan disengajakan. kesibukan yang melanda menyebabkan banyak perkara yang ingin dinukilkan di sini terpaksa ditnagguhnya. Antaranya pemergian ke Terengganu yang sudah pasti mempunyai sesuatu yang menarik ditambah lagi dengan kepulangan ke kampung halaman sebelum datang kembali ke KL. 

Kedatangan ke opis disambut dengan timbunan kerja yang perlu disiapkan cepat apalagi dengan persiapan mesyuarat di Penang Isnin ini yang belum selesai. Namun, kekecewaan yang dialami memaksaku utuk mencuri masa bagi menyuraikan kekusutan dalam jiwa.

Ya, aku perlu menulis bagi meredakan apa yang ada di dalam jiwa. Aku perlu menumpahkan segalanya ke sini supaya kekecewaan ini tidak terus bersarang di dalam minda. Nampak seakan tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Aku tahu akan itu, namun aku hanya manusia biasa yang tidak dapat lari darinya. Tiada siapa yang harus dipersalahkan walaupun hati kecilku sedikit sebanyak menyalahkan adikku. Bagaimana aku harus berdepan dengan bonda nanti. Aku boleh melarikan diri dengan tidak pulang ke kampung, namun sampai bila. Tentu sekali kerinduanku kepada bonda akan membuatkan aku lebih menderita. Ya Allah, tolonglah aku. Berikanlah aku ketenangan abadi untuk menghadapi resahnya hati ini.

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.


Surah Al-Imran ayat 139

Banyak sekali jawapan-jawapan dari al-quran tentang perasaan yang kita hadappi. Barangkali ini adalah ujian untuk menguji setara mana tahap keimananku. Sesungguhnya Iman manusia biasa itu bersifat yazid wa yankus. Apakah dayaku?

 

  وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا.تَعۡلَمُونَ

 

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan 
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Ayat ini benar-benar menginsafkan aku supaya belajar bersyukur dengan apa yang ada. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Sepertinya aku perlu menjernihkan kembali hatiku supaya kembali tenang dan sudah pasti dengan ia boleh dilakukan dengan mendekatkan diri kepada yang Esa. Apakah aku sudah jauh dari-Nya. Moga kita semua sentiasa berada di dalam jagaan dan redha-Nya.
Benar kata seorang rakanku suatu ketika dulu
”it’s really true dat Al-Quran is a love letter form Allah, so let us dont just read it outwardly, but it’s better if we could read the tafsir too and apply those brilliant n superb words in our daily lives”.
Melayu mudah lupa atau akukah yang pelupa?

Aku dan ISM

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat belajar yang mempunyai kenangan2 yang menusuk kalbu. Minggu ini aku meng’mc’kan diri bagi mengubat kerinduanku kepada ISM. Sudah lama aku tidak ke sana dan sudah pasti kerinduanku kepada ISM tidak dapat digambarkan lagi. Kesempatan ini aku gunakan sepenuhnya untuk bermanja-manja dengan ISM yang sudah lama tidakku datangi.

Setibanya aku ke sana jam 10.30pg, aku terus memasuki Pejabat Am untuk berjumpa sahabat yang lama tdk bersua. Kelihatan “NOTICE ; UNDERGRADUATE AND POSTGRADUATE STUDENTS ARE STRICTLY NOT ALLOWED TO ENTER THIS OFFICE ; HEAD ISM.” Haha, aku bukannya undergraduate student lagi dan belum menjadi postgraduate lagi, jadi notis ini tidak ditujukan kepadaku. Lagian, tiada siapa yang menegur tindakanku ini.

Aku meninggalkan kira-kira 20 minit kemudian kerana ada perkara yang perlu diselesaikan dan berjanji akan datang pada sebelah petang. Menjelang pukul 1 tengahari, aku kembali ke ISM ke ISM. Walaupun berjanji utk datang sebelah petang, namun kehadiran awal ini terpaksa dilakukan dan aku terus ke bilik pensyarah kesayangan. Untuk permulaan, aku hanya berjumpa dengan Dr Ib. Wah, sudah memperoleh gelaran Prof Madya rupanya. Kata Dr, beliau bernasib baik memperoleh sebelum kehadiran NC baru. Nc baru juga bertindak melantik Prof Ong sbg Head ISM yang baru. Huh…

Hanya seketika saja sembang kami bersembang kerana Dr kelihatan penat dan letih di samping timbunan kertas jawapan student yang ingin ditanda. Wah, kalaulah paperku ada di dalam timbunan iu,… Lagian, beliau dalam dilema samada ingin pulang ke kampung atau tidak. Marking Paper vs Blk Kg melawat mak mentua sakit. Oleh kerana paper tersebut dikongsi bersama lectrer lain, sukar utk beliau membawa blk paper tersebut. Aku memohon diri untuk memberi ketenangan kepada Dr di samping mempunyai hal yang perlu diselesaikan. Aku memilih untuk lunch di Kolej 12. Wah kenangan lama menusuk kalbu. Inilah sebab aku ‘kureng’ skit utk dtg UM. Ada saja yang menegur. Huhu, dh tua dh masih ada junior yang mengingatiku. Juga masih ada rakan seangkatanku dulu ingat aku tidak bergraduan lagi melihat aku disana. Wah, sampai hati…

Seperti dijanji, aku kembali ke ISm menjelang 4.30 petang selepas selesai berperang dengan MU. huh, pertarungan baru bermula. Aku terus ke Pejabat Am dan kali ini aku dijamu dengan mee goreng bersama jus mangga. Terima kasih atas layanan sebagai VIP ini. Ketika sedang menjamu slera, datang Prof Hadi menegurku. “eh, hariri ada. bila sampai” tegur beliau. Huh, terkejut aku tetiba di sapa oleh beliau. Sememangnya dari pagi aku ingin bertemu beliau, namun keseganan membuatkan aku menangguhkan hasratku sehinggalah kmai berjumpa di Pejabat Am.

Selesai menjamu selera, aku keluar menuju ke surau ISM. Keluar dari pejabat, aku terserempak dengan Dr Mohd. Alhamdulillah, beliua jg masih mengingatiku dan kami bersembang seketika sebelum aku meminta diri. Tiba di surau, terjumpa pula dengan Dr Daud. wah, ni dah kira pakej lengkap ni. Alhamdulillah, akhirnya berjumpa dengan semua pensyarah yang aku ingin jumpa. Solat bersama mereka mengingatkan aku kepada nostalgia semasa berada di ISM. Walaupun surau ini khusus untuk kakitangan, namun aku sering solat bersama mereka dan inilah merupakan salah satu faktor yang merapatkan kami dan seterusnya mencetuskan MANTAP yang melahirkan pelapis Kelab.

Solat dan bertadarus dalam bulan ramadhan bersama pensyarah adalah kenangan indahku di sana walaupun hanya aku satu-satunya pelajar undergraduate. Seorang lagi pelajar turut serta tetapi beliau adalah pelajar postgraduate dr negara arab. Cuma aku difahamkan, ramadhan yang lepas aktiviti ini diupgradekan, tadarus disingkat sehingga solat zohor dan selepas zohor diadakan tazkirah di mana setiap org akan menyampaikan tazkirah secara bergilir-gilir. Sehari seorang pentazkirah berbanding semasa ku  dulu hanya diadakan tadarus.

Apapun, sekurang-kurangnya kehadiranku kali ini dapat mengubat rinduku pada ISM. Terima kasih di atas hidangan mee goreng pedas yang lazat itu. Moga berjumpa lain kali.

YELLOW CARD

 

FIRST OFFENCE?

SHOW THEM THE YELLOW!

FOR YOUR WIFE/ GELIFREN IF…
It’s the big game but she wants to watch a chick-flick!

FOR YOUR FRIEND IF…
He’s taking his gelifren out instead of watching football with the boys.

FOR THE BOSS IF…
He says you have to work on the night of the game!

 

 

RED CARD

 

PROFESSIONAL FOUL?

GIVE THEM A STRAIGHT RED!

FOR YOUR WIFE/ GELIFREN IF…
She tells you she wants to cancel your sports channels!

FOR THE FRIEND IF…
He says he’s thinking of changing the team he supports!

FOR THE BOSS IF…
You found out he won’t promote you because of the team you support! 

 

 

jUGA KAD MERAH PERLU DILAYANGKAN KEPADA PASUKAN YANG BERMAIN SECARA KASAR.

Panggilang Pulo

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga geng e-kodon meneruskan aktiviti yang tergendala selama setahun. 1 Mei 2008, kami merancang untuk ke Pulau Kapas, namun cadangan ini tergendala kerana kelemahan sistem pengurusan Chalet Mak Cik Gemuk yang menyebabkan kami menukarkan rancangan ke Cameron Highland. Setelah genap setahun, kami akhirnya sampai ke Pulau Kapas.
Khamis 30 April 2009

Kami bertolak ke Terengganu dengan menaiki 2 buah kereta iaitu MyVi dan SAGA. Walaupun kami kehilangan bro Qme yang terpaksa membatalkan hasrat awal untuk bersama kami, tetapi kali ini 2 orang housemate ku yang lain turut serta dan ditambah dengan opismate K. bro Qme ada event yang lebih menarik dari bersama kami. =)

Oleh kerana 7 dari 9 orang dari kami memiliki kereta, aku memilih untuk berehat saja sepanjang perjalanan pergi dan blk. huhu. Lagian, pemandu berhemah seperti aku tidak sesuai memandu di lebuh raya.

 

Jumaat 1 Mei 2009
Jika diingat kembali perancangan ke Pulau Kapas setahun yang lepas, rasa macam kebetulan pula kami ke sana pada tarikh yang sama. Allah menggantikan kembali perancangan tersebut. Sampai ke Terengganu, kami bersenang2 di rumah K di Marang untuk menghilangkan penat lelah. Sebelum bertolak ke Jeti, kami sempat bertemu seorang lagi anggota e-kodon yang tidak dapat join percutian ini kerana kesibukan tugas. Maklumlah, seorang doktor sudah pasti sibuk dengan jadual on call. Walaupun beliau yang mengatur jadual on call, tetapi semestinya beliau ingin menyimpan cuti untuk majlis perkahwinan beliau bulan hadapan. Jadi, beliau hanya menghantar kami ke jeti. 

Perjalanan ke Pulau Kapas tidak mengmbil masa yang lama. Sampai di sana, kmai ditempatkan di Kapas Coral Beach chalet. Em, cuaca yang membahang menyebabkan kami memilih untuk berehat di chalet saja selepas berjln2 di kawasan berdekatan. Aktiviti petang itu adalah snorkling and round island. 

Habis aktiviti itu kami menghabiskan waktu petang dengan bermain bola tampar dan mandi manda. 

Aktiviti malam hari adalah BBQ ayam, ikan dan hot dog yang diserikan dengan nasi goreng dan mee goreng. Selesai menikmati hidangan, kami berjalan-jalan menikmati udara segar sambil membakar kalori sehingga ke hujung pulau.

Letih dan mengantuk menghantui diri menyebabkan aku terus tido selepas balik dari jalan-jalan dan aksi puteri gunung ledang. Memang lena tidur kalau letih di tambah dengan keadaan yang agak selesa. Kami bernasib baik kerana memilih untuk menginap di chalet kerana pada malam itu hujan dan ribut melanda. Pelawat yang berkehmah terpaksa melarikan diri ke chalet kami kerana khemah mereka telah ranap. Patutla bsing je mlm tu tapi kepenatan menghalang aku dari bangun.
 

Sabtu 2 Mei 2009
Usai solat subuh, kami berjalan-jalan sambil meneruskan aksi lompat melompat sebelum menyambung aksi bola tampar. Nampaknya ada orang tidak berpuas hati dengan permainan petang semalam. Seterusnya kami bersarapan sebelum meneruskan dengan aktiviti berkayak dan mandi manda. Rupa snorking di kawasan ini lebih cantik dari kawasan yang kami pergi semalam.

Selepas puas berendam, kami bersiap2 untuk pulang ke tanah besar. Walaupun singkat tetapi kepuasan itu tetap aku perolehi. Sampai di jeti, kami berehat-rehat di rumah K sebelum ke KT bagi meraikan sahabt yang belum sampai ke Masjid Kristal. Walaupun aku pernah ke sana, tetapi pergi bersama sahabat amat berbeza dari pergi sendirian. Kami singgah solat maghrib di Masjid Terapung sebelum ke Restoran kuning di Kelulut bg menikmati makan besar. Family K turut di jemput.

Usai makan, kami pulang ke rumah K yang juga merupakan penginapan kami pada malam itu. Menyedari pada malam itu ada perlawanan melibatkan Arsenal, aku, bor Po yang merupakan peminat arsenal dan bro kimone (MU) keluar menonton perlawanan hebat ini. Rata-rata kedai yang kami singgah menyiarkan siaran AF. Bosan giler. Kami meletakkan syarat kepada sebuah kedai yang meminta kami singgah di kedai mereka. Tukar channel 813 jika mahu kami singgah. Wah, begitu mudah sekali beliau bersetuju dan kami memilih tempat paling hadapan. Menikmati sotong celup tepung dan kerang bakar, kami menonton sehingga tamat perlawanan.

Sebelum ke kedai ini, kami singgah dulu ke restoran makan besar untuk mencari kamera K yang ditinggalkan di situ. Huh, cuai bangat. Nasib baik pekerja mereka jujur dan menyimpan kamera untuk kami. Jika tidak, sudah pasti sejuta pengalaman berharga di dalam kamera itu hilang begitu saja. Kamera buleh beli, tetapi gambar di dalam itu yang mahal.

 

Ahad 3 Mei 2009
Menikmati sarapan nasi dagang yang sedap menyebabkan aku menambah beberapa kali. Terima kasih kepada mak K yang bangun seawal 4 pagi menyediakan hidangan istimewa ini. Usai bersarapan kmai ke Pasar Payang mencari sesuatu yang boleh dijadikan kenangan kami. Aku hanya memilih baju Pulau Kapas saja kali ini.

Sebelum pulang, kami singgah membeli keropok lekor di Kedai 008. Aku mencadangkan kedai ini kepada sesiapa saja yang datang ke terengganu dan ingin membeli keropok lekor. Jauh lebih sedap dari keropok losong yang hanya gah pada nama namun hampeh pada rasanya.

Makan tengahari kami pada hari itu di kenduri rumah opismate K. Menarik juga kerana bunga telur diganti dengan surah yassin dan tahlil. Insaf sekejap. namun driver yang drive langsung tidak menampakkan keinsafaan apabila terus dengan aktiviti memecut sehingga 160kmj. Bayangkan kereta seperti SAGA diperlakukan begitu. Kalau city or civic, boleh la dipertimbangkan.

Sampai di Bentong, kami singgah di rumah afifi untuk menikmati hidangan makan malam. Sekali lagi aku dihidangkan dengan makanan kegemaranku iaitu ikan fatin masak tempoyak. hukhuk. Banyak betul hidangan istimewa kali ini. Barangkali berat juga juga naik mendadak.

Sesampai di rumah jam menunjukkan pukul 11 malam. Selepas menyucikan diri, aku terus tdo bagi mengambil rehat seckupnya untuk ke tempat kerja.
 

Hari ini Isnin 4 Mei
Aku menerima memo dari bos untuk ke terengganu lagi selama 4 hari. huh, bosannya. Sudah tentu tiada orang lagi di sana. Boleh tak nak skip? Baru pulang dari terengganu, kembali bertugas ke terengganu dan akhirnya sekali lagi ke majlis perkahwinan di terengganu.

Ke manakah destinasi kodon seterusnya. Apakah resolusi Melaka dapat kami laksanakan untuk pertemuan seterusnya? atau ke Deerland sambil memandikan gajah? Apapun masih terlalu awal untuk memikirkan segalanya. Mungkinkah kami berjaya mengumpulkan semua ahli kodon pada pertemuan seterusnya? atau K akan mengikuti jejak langkah bro Qme. Tersipu-sipu dan agak merah muka K bila menyentuh soal ini. Apa mungkin giliran K sudah tiba. Kami berbesar hati sekiranya itu berlaku. Go go go K.

Pesta yang over budget

Entahlah, xpergi rasa nak pergi… pergi kan, macam ni pula jadinya. Aku gagal mengawal diri sewaktu berada di sana lantas tergoda dengan semua yang ada di sana. Namun aku harus rasional tentang kemampuanku untuk melayan semuanya nanti. Tidak seharusnya aku melanggan sesuatu yang aku sendiri belum pasti dapat melayaninya atau tidak. Memang benar, harga yang ditawarkan amat menggiurkan dan menggetarkan hati namun apaguna aku memilikinya tanpa aku dapat memanfaati mereka nanti.

Inilah Pesta Buku yang paling banyak menelan duitku. Aku sudah menjangkakanya, justeru aku menyiapkan budget yang agak tertinggi berbanding tahun sebelumnya kerana risau keadaan akan menjadi tidak terkawal jika aku tidak hadkan. Namun, dalam keadaan aku sudah menetapkan had limit itu, masih juga lebih. 

Aku ke PWTC sebanyak 3 kali iaitu Sabtu (18 April), Ahad (19 April) dan Sabtu (25 April). Alhamdulillah, hari terakhir aku mempunyai komitmen lain yang menghalang aku ke sana, jika tidak, sudah pasti had yang ditetapkan akan terlajak jauh lagi. Sebenarnya pesta buku kali ini aku lebihkan kepada langganan dan hanya mencari beberapa buku yang sesuai sebagai bahan bacaan. Sabtu dan ahad itu sebenarnya aku sudah menyelesaikan semua urusan langganan walaupun tidak menjumpai buku yang diidamkan dan aku tidak berhajat lagi untuk ke sana kerana aku tahu aku tidak mampu menahan diri dari hanya melihat buku-buku lain.

Sabtu (25 April) aku bukan berhajat untuk membeli apa-apa. Aku ke sana hanya untuk menemui wartawan sebuah majalah yang aku langgani saban tahun. Aku mengenali beliau sewaktu kali pertama aku melanggan majalah tulisan beliau. Kurang ingat samada KLIBF 04 atau KLIBF 05. Ketika aku sedang membelek2 majalah tersebut, beliau datang memperkenal diri dan menceritakan serba sedikit tentang majalah itu. Sememangnya aku selalu mengikuti majalah tersebut tetapi agak sukar memperolahinya kerana edarannya di Pekan Buku UM amat terhad. Aku mempersoalkan hal itu dan beberapa komen ku tentang majalah itu. lalu beliau mencadangkan aku supaya melanggan saja supaya tidak ketinggalan. 

Beliau hanya ada di sana pada hari tersebut kerana kesibukan tugas. Sampai di sana, aku ‘tersesat’ ke gerai-gerai lain sambil membeli beberapa buah buku. Kelekaan ku menyebabkan aku terlewat ke tempat beliau. Aku cuba menghubungi beliau tetapi beliau memaklumkan berada di surau dan akan terus pulang sejurus usai solat. Isk, aku menyalahkan kelekaanku mencari buku. Beliau menawarkan untuk belanja makan tengahari saja namun aku terpaksa menolak dengan baik kerana aku tidak datang keseorangan. Aku harus consider tentang rakan yang menemaniku. Takpelah, mungkin lain kali kita bersua nanti. Bila? Mungkin jika dipanjangkan umur, KLIBF 10 nanti.

PERBELANJAAN DI KLIBF 09

Langganan 7 naskah Majalah selama setahun beserta 7 +1 buah buku. Majalah lain pula sebanyak 8 naskah. Buku yang aku cari namun tidak dijumpai adalah al-fiqh al-islam wa adillatuhu karya Dr Wahbah Az-zuhaily. Hari terakhir sebenarnya aku berhajat untuk memiliki broadband celcom yang harganya amat menarik sekali. Namun hajat tidak tertunai kerana aku mempunyai urusan lain pada hari itu. Alhamdulillah.
Photobucket
Sebenarnya langganan majalah untuk diriku sendiri hanyalah 2 saja sementara yang selebihnya adalah untuk adik-adik yang memesan ‘air liur’. Moga mereka memanfaatkan semua kirimanku majalah tersebut. Aku mempunyai 6 orang adik, namun maaf kerana hanya dapat melanggan untuk 5 orang sahaja. Pandai-pandaila ye.

Aku akan cuba menghabiskan semua buku itu menjelang hujung tahun ini. Sebagai permulaan aku berjaya MENGHADAM buku nipis itu dan dalam proses MENGKHATAMKAN buku kedua. Ssatu permulaan yang agak baik tetapi kurang pasti akan datang bagaimana terutama buku Fiqh Harakah siri 3 itu selain buku-buku sedia ada. 

Seorang sahabat mengesyorkan supaya tidak melepaskan peluang untuk memiliki buah tangan terbaru saifulislam–rindu bau pohon tin dan juga bercinta hingga ke syurga( pasca Aku Trima Nikahnya). Aku menyetujui syor beliau namun aku tidak ‘mampu’ memilikinya. Hanya rindu bau pohon tin yang dapat aku capai buat masa ini. InshaAllah jika tiba masa yang sesuai nanti. Aku sedia maklum buku tersebut sesuai untuk semua namun maaf, untuk kali ini aku memilih untuk memiliki sebuah buku ini sahaja. :) . Promote sakan ek, mentang2 la gambr dipamerkan di blog penulis. Sempat juga aku mengambil tanda tangan di buku dan bersembang dengan Abu Saif. Moga beliau tidak jemu dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

Selain beliau ada seorang lagi penulis yang sempat ku temui. Apapun moga nikmat penulisan dan ilmu yang diberikan Allah akan terus manfaatkan.

Asif jiddan ya ustaz

Filyaumissulasa’ ul madhi, raja’tu minal idarah ilal manzili fillail liannani masyghuulun. Kullu yaumissulasa’ yujad faslullughatul ‘arabiah fil masjidil muhsinin. Muallami, al-ustaz kauthar yursilu wasoyal qato’a lizikri hadhoro ilalfasl kulli usbu’. Qoblazaalik, hamasi lihadoro ilalfasl ‘aliyah walakin al’an haza hamaas zaailun.

Huh. Entah apa yang aku merepek hari ini. Barangkali tidak ada orang yang paham broken arabic yang digunakan di atas kecuali orang yang benar-benar menguasai bahasa syurga ini.

Sebenarnya jodohku dengan kelas bahasa arab sudah berakhir bermula awal bulan ini. Aku hanya sempat bertahan selama sebulan kerana beberapa sebab yang tidak dielakkan. Pertamanya aku tidak dapat memberi komitmen yang baik kerana kadang kala ada hal yang perlu disetelkan pada masa tersebut. Keduanya kerana kebosananku semasa belajar. Bukan bermaksud aku berasa janggal berada di kelas kerana sudah lama tidak masuk kelas, tetapi pelajaran yang diajar ustaz adalah basic. 

Aku bukanlah seorang yang fluent arabic, tetapi kelas ini bagiku tidak dapat membantu peningkatkan penguasaan bahasa arabku. Pada mulanya aku beranggapan level yang diajar tinggi sedikit, tetapi ketika kelas bermula, ustaz terpaksa bermula dari peringkat basic kerana ada pakcik-pakcik yang masih diperingkat terlalu awal. Hatta, membaca tulisan arab pun tidak lancar. Bukan aku ingin merendahkan sesiapa bahkan aku cukup kagum dengan semanagt yang ditunjukkan pakcik-pakcik ini dalam mendalami bahasa al-quran ini. Namun, aku tidak mampu lagi untuk bertahan lebih lama. 

Sungguh, jika seseorang itu belum ada basic bahasa arab, kelas ini amat berguna sekali kerana cara pengajaran yang digunakan amat baik, tetapi aku percaya sesiapa yang sudah mempunyai basic walaupun sekadar Bahasa Arab Komunikasi form 3, sudah pasti terasa kebosanannya apalagi yang pernah belajar sehingga Bahasa Arab Tinggi SPM mahupun SMU, STAM dan sebagainya. 

Penarikan diriku adalah secara baik dengan memberitahu ustaz pada hari terakhir aku bersama beliau. Kebiasaanya jika ada kelas pada malamnya, ustaz akan SMS kepada semua pelajar mengingatkan adanya kelas. Alhamdulillah selepas aku memaklumkan penarikan diri dari kelas, aku tidak lagi menerima SMS dari beliau menandakan beliau maklum akan itu. Namun SMS yang aku terima selasa lepas sewaktu kesibukan bekerja sehingga lewat malam amat meresahkan aku. Apakah ustaz masih ingat aku masih mengikuti kelas dan sengaja tidak datang?

“Group SMS:apa khabar semua? kenapa sudah tak ada semangat nak belajr bahasa arab dah ke? wassalam. ustaz kausar”, barangkali aku perlu menjelaskan kembali kepada ustaz pada kelas minggu hadapan. Maaf sangat-sangat, bukan aku sengaja tetapi aku tidak dapat memberi komitmen yang sepatutnya. Kadang kala ada perkara yang perlu diutamakan lagi.

Sedikit maklumat mengenai ustaz kausar seperti yang diceritakan kepada kami. Beliau bukanlah warganegara Malaysia tetapi bahasa melayu beliau sangat baik. Keluarga beliau termasuk ayah dan ibu berasal dari Kemboja,  beliau dilahirkan di Madinah tetapi memegang kerakyatan Pakistan walaupun keluarga beliau tiada kaitan langsung dengan negara itu. Kisah beliau sangat complicated untuk dinukilkan di sini. 

Apapun, sebenarnya aku masih mencari kelas Bahasa Arab yang benar-benar boleh membantu meningkatkan penguasaan bahasa arabku. Sayang sekali jika bahasa ini hilang dari diriku. Kadang kala timbul juga rasa penyesalan kerana tidak memanfaatkan Subjek Bahasa Arab seaktu di uni Perdana dulu. Seharusnya aku mengambil kos Bahasa arab yang lebih tinggi, tetapi ketika itu aku hanya mengambil Bahasa Arab peringkat 1 yang amat mudah semata-mata mengejar ‘A’. Sudahnya aku hanya mendapat ‘A’ tanpa dapat improve bahasa ini. Sungguh pelik sekali, bukan aku saja bahkan berduyun-duyun pelajar Akademi Islam mengambil kursus Bahasa Arab peringkat 1 ini. Apakah kami memperbodohkan diri sendiri?

Alahai maxis

Alahai, awatla tak tanya aku. Suka-suka hati wat keputusan sendiri. lain kali tanya la dulu pendapat dan kehendak orang. NI buat kepala sendiri je. Sape tak marah. Alahai maxis.

Atas nama HotlinkGift, maxis menghantar SMS ” Tempoh sah aktif anda tlh dilanjutkn.Dail *122# utk semak tarikh luput baru anda. 1691 SMS Bonus anda akan luput pd22/07/09. Dail *129# utk semak Bonus SMS”. Sejak bila SMS Bonus ni ada tarikh luput ni. Bersusah payah aku mengumpulkan Bonus ni sehingga 2000, senang-senang dia letakkan tarikh luput. 

Pelik, bila didail *122# bonus SMS yang beribu tu menjaga 20 saja walaupun tarikh luput dianjakkan ke 08.12.2009. Jika inilah pertukarannya, aku tidak mahu. Ngak! Ngak mauk!. 

Memang padanlah turun pangkat ke nombor ke-2. Aku jarang sekali topup nombor ini kecuali terdesak atau ada tawaran hebat dari maxis untuk memujukku tambah nilai spt. tambah nilai rm10 dapat 500free sms, atau rm5 percuma atau 500 point. 7 tahun aku bersamanya, tidak pernah ia membuat perangai sebegini rupa. Aku jg masih mempunyai point yang banyak, dan ia pernah menawarkan caller ringtone untuk ditukarkan dengan 50mata ganjaran. Oleh kerana mempunyai mata ganjaran yang banyak aku bersetuju saja dan ketika transaksi dibuat, rupanya caj rm2 sebulan dikenakan. Cukuplah, aku tidak mahu. Aku sudah menderma RM3 sebulan kepadanya untuk memastikan aku dapat mengikuti perlawanan EPL by goal. Setiap goal yang dijaringkan akan di sms serta merta diikuti result semua perlawanan. Derma itu sudah cukup untuk kamu jadi kaya. Jangan memeras lagi.

huhu

Selasa, 21 April 2009
Hari ini amat sibuk dengan persiapan Malam Anugerah Media Kesihatan 2009 yang akan diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada esok hari. Aku terpaksa menyiapkan list nama yang mengandungi susunan tempat duduk VVIP, VIP, wartawan pemenang dan para hadirin. Sudahlah semalam dan hari ini bertindak membantu unit jemputan dan protokol  menelefon para jemputan bagi confirmkan kehadiran mereka.

Oleh kerana event manager adalah bos ku maka tempias kesibukan terkena kepadaku secara langsung apatah lagi dengan perletakan jawatan rakan setugasku sebelum ini. Tapi tidak mengapa, aku tidak kisahkan itu semua tetapi aku hanya  melakukan tugasan mengikut had kemampuan aku saja.

“hariri, hari ni balik lewat ek”, kata beliau.

“lewat? pukul berapa?” tnyaku.

“dalam pukul 9 malam”, jawab beliau acuh tak acuh. Aku tidak mengambil berat akan jawapan beliau itu kerana pada anggapanku beliau hanya bergurau. Bukan kali pertama beliau bergurau sedemikian. 

Peng menelefonku mengajak pulang tetapi aku meminta sedikit masa untuk menyiapkan sedikit lagi kerja. Hari ini tugas Peng memasak jadi sebaiknya kami harus pulang lebih awal. jam menginjak ke jam 7mlm, rasa bersalah menyelubungi diri kerana membiarkan Peng menunggu terlalu lama. Selesai kerjaku, aku compile semuanya ke dalam kotak untuk di bawa ke hotel esok hari. Baru saja ingin pulang, aku melihat banyak lagi perkara yang tidak selesai oleh beliau. Aku dalam dua, samada ingin pulang atau terus bekerja sehingga selesai. Beliau mencadangkan supaya Peng pulang dahulu sementara aku menyelesaikan kerja dan mencadangkan supaya aku tidur di rumahnya. haha. Maaflah, aku tidak bisa tidur lena si rumah orang. lagian, esok pasti sukar untukku. Terima kasih kepada peng kerana sudi menunggu sehingga selesai.

Jam 8 malam, kami keluar makan sambil mengambil udara segar. Selain kami ada 2 orang lagi pegawai yang diimport dari Kedah menyelesaikan persiapan akhir bagi malam anugerah nanti. Destinasi pilihan kami adalah Taman Warisan Pertanian. Rupanya lagi rancak suasana malam di sana. Selesai menjamu sate, kami menyambung kembali kerja-kerja tertangguh sehingga selesai. Susunan kedudukan di meja susah sekali untuk dilakukan kerana terlalu ramai VVIp dan VIP di samping jemputan yang agak ramai. 

jam 11.30 malam semuanya seakan selesai. Itu pun masih ada bebrapa perkara yang perlu diselesaikan keesokan harinya. Kami mengambil haluan masing-masing. Boasku pulang ke kajang, aku dan Peng ke KL sementara staff dari Kedah pulang terus ke negeri mereka. 

Sampai di rumah jam 12 tengah malam. Wah tidak pernah pulang dari opis selewat ini. Pintu rumah berkunci dan anak-anak sudah tidur di bilik mereka. Seorang anak sudah kembali ke kampung halaman di Terengganu tanpa sempat kami bersalaman. Di dapur masih terdapat lebihan mee goreng yang dimasak oleh mereka setelah diminta oleh ibu yang tidak dapat pulang awal memasak. Untung mereka sudah pandai memasak dan berdikari, kalau tidak susah juga. Beginilah agaknya situasi anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sangat sibuk. Terjaga mereka, ibu bapa sudah ke tempat kerja, tidurnya mereka, ibu bapa belum pulang. Moga aku tidak begitu suatu hari nanti.

 

Rabu,22 April 2009
Kelewatan pulang semalam menyebabkan aku terasa tidak mahu ke pejabat (tidak mahu menggunakan istilah malas kerana pernah dipesan supaya tidak menggunakan perkataan negatif ini). Aku sudah meminta kebenaran semalam untuk tidak mahu ke pejabat lebih-lebih lagi perlu menghadiri rehearsal di Hotel Hilton yang berdekatan saja dengan rumahku. Seperti membazirkan masa saja ke pejabat padahal perlu berada di Hotel pada sebelah petang. Apatah lagi kerja-kerja melibatkan majlis ini tiada di pejabat. Tidak ke pejabat bukan bermaksud boleh rileks di rumah tetapi aku terus ke hotel pagi itu untuk meninjau persiapan tempat dan teknikal lain.

Tugasanku pada malam itu adalah sebagai usher  Timb. Menteri dan suami. Tak nak lah komen lebih-lebih. Apapun majlis tersebut berjalan lancar. Cuma terdapat sedikit kekalutan disebabkan penyusunan tempat duduk VVIP dan VIP yang aku lakukan pada malam semalam dilakukan pengubahsusaian lagi sejam sebelum majlis. Tu la, kalau ikut saja perancangan awal kan senang. Apapun semua rakan-rakan melaksanakan tugas dengan sempurna. Tahniah.

Ai, tidak ke pejabat hari rabu bermakna aku tidak mendapat kaunseling dari penasihat pemakananku.

Khamis, 23 April 2009 
Hari ini sedikit bersemangat untuk ke opis kerana beban kerja sudah berkurangan sejurus berakhirnya Majlis Anugerah ini. Aku percaya, bos ku pasti cuti pada hari ini. Aku? Aku tidak dapat bercuti kerana perlu menumpukan perhatian kepada meeting yang akan diadakan pada bulan hadapan. Walaupun kelulusan tempat sudah diperolehi, namun surat penggilan harus cepat dihantar kerana para peserta kali ini termasuk guru-guru sekolah seluruh malaysia.

Namun semangat ke opis pada hari ini sedikit terencat kerana soyuz sangat penat. Dipertengahan jalan, baru saja memasuki highway, soyuz memberitahu bahawa ia seakan mahu pengsan. Aku bergerak ke tepi dan sebaik saja sampai ke bahu jalan, soyuzku pengsan serta merta. Barangkali ia dah overdose. Aku terfikir,

“manakan tidak, selepas sesat menemaniku kerja lewat malam, ia juga tersesat di parking Hilton. Sukar untuk memasuki parking di Hilton. Semua kereta di cek boot. Soyuzku juga ingin di cek bawah seat. Semua kereta canggih-canggih masuk kep parking, barangkali soyuzku masih trauma. Bila tersilap jalan di parking undergound itu, pasti ada guard yang menunggu di hadapan memaklumkan ia tersilap jalan. Begitu cekap sekali perhubungan antara mereka”. 
Beberapa kali aku membangunkan ia, namun seperti gagal, selepas bangun ia pengsan kembali. Selepas berehat seketika memikirkan tindakan seterusnya aku mencuba sekali lagi dan kali ini ia bagun dan terus membawa kami ke opis. huh, dah sampai opis ni, rehatla cukup-cukup sampai petang. Ye, sampai petang. Bukan lagi tengah malam.

Hilton sememangnya hotel yang amat sesuai sesiapa yang malas. Semuanya auto dari masuk tandas hinggalah selesai qadha hajat dan keluar tandas. Sementara biliknya tidak user-friendly kepada ku walaupun ratenya sama nilai dengan perbelanjaan di KLIBF.

Kelantan dan Arsenal

Aku sebenarnya bukanlah terror sgt bermain bola sepak tetapi minat kepada bola sepak agak tinggi. Namun begitu, aku lebih suka melayan Bola Sepak Eropah berbanding Malaysia kerana corak permainan mereka yang lebih menarik. Bukanlah maksudku untuk meremehkan Bola Sepak Malaysia yang semakin merudum, tetapi bagiku jika FAM itu tidak berubah, boleh sepak Malaysia tidak akan ke mana.

Sudah ramai jurulatih bertukar tetapi bola sepak Malaysia tidak juga bagus. Jadi sudah tentu bukan salah jurulatih. Begitu juga dengan pemain. yang tidak bertukar adalah pengurusan FAM itu sendiri. Bukan saja tidak mahu berganjak, malah bertindak mendenda sebarang kritikan dan teguran. Sikap beginilah yang memualkan para peminat bola sepak Malaysia.

Aku amat jarang mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia walaupun melibatkan pasukan Kelantan sendiri. Faktor utama seperti yang dinyatakan di atas. Bahkan jika perlawanan melibatkan kelantan dan arsenal dilangsung secara live di tv yang berbeza aku memilih menonton perlawanan Jaguh England tersebut. Paling menarik perhatianku tentang bola sepak Malaysia ini ketika insiden di Kota Bharu tempoh hari. Nyata sekali herdikan media mengundang simpati dari rakyat Malaysia yang lain.

Sebuah rancangan talk show berkenaan bola sepak yang sedikit sebanyak menyentuh hal ini mendapat respon yang baik dari pemaggil. Malah ramai yang menunjukkan sokongan kepada Kelantan walaupun pasukan negeri mereka tewas di peringkat awal atau suku akhir. itulah, berita yang keterlaluan kadang kala mengundang simpati dan memualkan rakyat. Sama seperti tohmahan media kepada PAS yang akhirnya menarik sokongan rakyat kepada Parti Islam tersebut.

Piala FA

Perlawanan separuh akhir piala FA Malaysia dan Inggeris berlangsung pada hari yang sama. Negeri Sembilan vs Kelantan dan Chelsea vs Arsenal. Keputusan akhir perlawanan Kelantan diperolehi dahulu dengan berjaya menjinakkan NS dengan aggerat 2-2 walaupun ketinggalan aggregat 2-0. Agak menghampakan bilamana tahun ini Arsenal memberi muka kepada Chelsea untuk layak ke akhir. Kekalahan 1-2 selepas mendahului 1-0 menunjukkan sikap pemurah arsenal.

Apapun, kekalah Man Utd kepada Everton sudah dijangka dari awal lagi. Cuma agak mengejutkan kerana Man Utd berjaya menyeret Everton ke penentuan sepakan penalti. Perlawanan akhir antara Chelsea vs Everton pasti lebih menarik. Bukan bermaksud meremehkan perlawanan Selangor vs kelantan, tetapi jika FAM masih ditakuk lama dan ditadbir oleh orang yang tiada pengetahuan tentang bola sepak, selagi itulah bola sepak Malaysia tidak akan ke mana.

« Newer Posts - Older Posts »