Exam…exam…exam
November 8, 2006 by hariri
Exam…
Satu perkataan yang ringkas dan mudah disebut namun mempunyai makna yang mendalam. Setakat ni alhamdulillah dh lepas dua kertas dan ada tiga lagi sedang menanti. Berkat doa ayahanda n bonda serta sahabat-sahabat sekalian, alhamdulillah saya dapat jawab dengan baik, cuma xtaula cmna result nya. Kadang-kadang paper tu kita rasa dapat buat dengan baik, tp result yang keluar tak seperti yang diharapkan. Ada juga yang rasa cam xdapat buat giler2, tp tgk2 dapat result elok lak. That’s mean, kejayaan n kegagalan bukan terletak atas usaha kita semata-mata.
Semalam buat discussion skit dengan pak arab yang ambik Master kat ISM ni. macam2 kami sembang terutama isu palestin dan timur tengah. Perbincangan yang mengambil masa hampir sejam tu bemula dengan slow n smooth, tp bila makin lama, jdi makin keras suara dia terutama bila saya persoalkan ttg umat islam n kerajaan di sana. Cara penerangan dia tu, mcam nak pertahankan sungguh2 n nak jelaskan dengan terang ttg apa yang berlaku skg di sana. em, best juga kalau dapat buat discussin cmni dgn org yang datang blajar kat sini. at least kita bleh tanya pdpt dia ttg pandangan tentang umat di malaysia n umat di sana.
Antara yang best, bila dia cakap pasal tudung. Bagi pendapat dia, orang yang bertudung di Malaysia adalah disebabkan budaya, bukan disebabkan ikut ajaran Islam( betul x ?). Budaya Melayu yang bertudung menyebabkan orang melayu Malaysia bertudung. Ini berbeza dengan muslimah di timur tengah(spesifik di Jordan -dia ni asal Irbid,Jordan) yang memakai tudung disebabkan mengikut ajaran Islam. pastu ada lagi la hujah-hujah yang dibagi.
Perbincangan sejam tu menarik jugala, tp malas nak taip kat sini sebab letih sgt2 lepas jwb exam tdi. Kalau ikutkan bleh sembang banyak smlm, tp disebabkan penguasaan bahasa arab saya kurang baik, so tpksa la hadkan . Tu pun campur-campur dengan BI, sb tu dapat smpai sejam tu. Nnti sambung lain kali la. Pasni nak balik rehat jap, 6.00 petang nnti tgk KIAMAT SUDAH DEKAT…men
Aduh, zaman kok jadi kayak gini
sibuk berebut bukan saling memberi
hasil mencuri dibilangnya prestasi
duit korupsi dianggap rezeki
YaAllah, inikah tanda kiamat sudah dekat
tapi kenapa, orang-orang tak banyak bertobat