Alhamdulillah, tQ Grand BlueWave
June 22, 2009 by hariri
Sudah acap kali rasanya aku meluahkan kebosanan out station yang menyebabkan aku terpaksa meninggalkan opis untuk sekurang-kurangnya 4 hari. Banyak benda dan tugasan yang terpaksa ditinggalkan jika selama itu tidak masuk pis. Oleh kerana banyak kali terpaksa run program, maka aku terlepas pandang maincourse aku di opis. Nampaknya timbunan kerja sedang menunggu untuk disiapkan sebelum mid of July.
Ai, entah sempat entah tidak lebih-lebih lagi beberapa lagi outstation sedang menunggu dan bakal direncanakan. Deskmate baruku sudah bosan mendengar ayat ‘resign’ dari aku, juga kawan-kawan yang lain juga sama.
Minggu lepas aku menghabiskan sebahagian dari minggu itu di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam. Hotel yang bertaraf 5 bintang ini padaku agak biasa kecuali makanannya yang agak luar biasa. Sangat sedap kecuali Mee Gorengnya yang tidak dapat menandingi kelazatan mee goreng Hotel royal.
Brangkali kerana keadaan hotel berlainan dengan expectation ku yang terlalu tinggi menyebabkan aku memandang rendah terhadap hotel ini sehingga meluahkan segala ketidakpuasan hatiku kepada staff hotel sebelum pulang untuk beliau isi di dalam borang maklumbalas.
Ketibaanku pada hari pertama disambut oleh senyuman manis Sayoko Kajima di kaunter check in sebelum dibelanja oleh Pengurus Koordinator di Borak-borak cafe. Huh, mahal siot kat sini, teh tarik saje dah RM21. Apapun staff di sana sangat understanding dan ‘mudoh basso’. Ramai juga student dari kolej dan u berdekatan bekerja part-time di sini. Siap mereka ajak aku buat part-time di sini. haha. Jauh sgtla. ![]()
Hotel ini padaku aku bagus dari hotel-hotel sebelum ini, namun barangkali kerana tidak sepadan dengan bintangnya menyebabkan aku sering mencari kekurangannya. hehe. Mungkin juga kerana aku membuat perbandingan tidak adil dengan membandingkan biliknya dengan Hilton hari tu. Apapun, makanan di sini jauh lebih extraordinary dari Hilton itu.
Oleh kerana keselesaan ini, aku tidak keluar langsung merayap di bandaraya Shah Alam walaupun shopping mallnya dekat dan dipelawa oleh staff dari opis berdekatan untuk membawaku berjalan-jalan dengan kereta barunya. Petang aku menghabiskan masa di kolam renang dan gym selain menghabiskan masa dibilik.
Apaun terima kasih kepada staff mereka yang jujur memulangkan jam tangan kesayanganku yang tertinggal di kolam renang. Entah berapa kali aku sepahkan bilik untuk mencari jam namun gagal sehinggalah pada hari terakhir aku teringt yang kali terakhir aku memakainya di tepi kolam sebelum terjun.
Terima kasih sekali lagi dan perpisahan aku dengan hotel gran blueWave ini disaksikan sekali lagi oleh Sayoko. Arigato