Tautan ukhuwwah di 7e
June 12, 2009 by hariri
Setelah lama menyepi diri dari dunia blogging, akhirnya malam ini dapat aku luangkan masa sepuas-puasnya untuk menulis segala peristiwa yang berlaku dari posting terakhir hinggalah sekarang. Mudah-mudahan aku dapat menulis kesemuanya. Kadang-kala terfikir juga untuk di privatekan blog ini agar dapat dimasukkan sedikit kisah peribadi yang kurang sesuai untuk tatapan umum.
Aku mulai tulisan di blog ini selepas lama bercuti dengan coretan peristiwa yang berlaku sewaktu pulang dari opis petang tadi. Sepatutnya aku menghadiri latihan futsal sebagai persiapan kejohanan peringkat Jabatan bg mewakili bahagian, namun terpaksa aku uzurkan diri kerana langit mendung menandakan hujan akan turun bila-bila masa. Untuk rekod, aku telah beraksi cemerlang pada latihan semalam di bawah bimbingan jurulatih import dari Nigeria. hehe.
Dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebatnya menyebabkan aku terpaksa berlindung di bawah fly over berhampiran Tol UPM. Apabila reda sedikit, aku meneruskan perjalanan sehingga lebat kembali menyebabkan aku terpaksa berteduh di 7 eleven. Biasanya aku redah saja hujan yang turun, namun disebabkan aku membawa laptop, terpaksalah aku beralah. Kebosanan + kelaparan menunggu menyebabkan aku bersantai di dalam 7e sambil menikmati Maggi cawan. heheh. Barangkali melihat aku menikmati magi dengan nikmatnya, beberapa orang yang tumpang berteduh di situ mengikut jejakku.
Aku bersembang dengan brother disebelahku tentang hujan, jerebu dan asal usul. Menyedari aku dari KKM, beliau lantas bertanya tentang H1N1 dan denggi. huhu, terpaksa aku menjawab bagi pihak kerajaan Malaysia. Masing-masing diam seketika menikmati magi cawan sehinggalah beliau tiba-tiba bertanya kepadaku.
“sebagai orang kelantan, apa pandangan ttg Husam Musa?”. huh, terkejut bila ditanya ttg isu ini.
Sebagai seorang yang mempnyai pandangan sendiri, aku menjawab mengikut pandanganku sendiri tanpa terikat dengan sesiapa pun. Kata beliau, beliau hanya mengenali Husam ketika Husam menyampaikan ceramah menggantikan Tok Guru Nik Aziz di Perak. Pada mulanya, semua hadirin termasuk beliau ingin meninggalkan majlis apabila mengetahu Tuan Guru diganti oleh orang yang ntah pape, tetapi bila Husam mula bercakap, orang2 yang berdiri untuk pulang, duduk kembali dan mendengar ceramah sehingga habis. Huh, xtau la pulak sampai cmtu sekali.
Selepas itu, isu Perak dan YAB Nizar pula dijadikan topik. Aku sungguh pelik kerana beliau sangat konfiden bersembang denganku bab ini sedangkan kami tidak pernah mengenali sebelum ini. Selepas mengetahui aku dari UM, terus beliau meneka aku pelajar Akademi Islam. Aduyaiii, awat la hangpa suka melabelkan aku sebagai budak AI. Sangat rimas. Apakah yang ada padaku sehingga dilabelkan pelajar AI?
Kami bersembang sehingga hujan yang reda sedikit menjadi lebat kembali. Akhirnya kami memutuskan untuk solat maghrib di 7e saja sebelum pulang. Sebelum berpisah, barulah kami memperkenalkan diri masing-masing. hukhuk. Bukankah rukun usrah itu dimulai dengan taaruf, tapi kami mengakhirinya dengan taaruf. Siap menyingkap cerita di sebalik tabir muktamar PAS lagi. Maaflah, aku hanya mampu meluahkan pandangan peribadiku saja tanpa mewakilimana-mana pihak. Lagian, aku bukanlah ahli PAS untuk bercakap tentang PAS.
Sampai di rumah sudah lewat. Oleh kerana aku hanya berdua saja pada hari ini, turn memasak terpaksa dihazafkan. Lagipun in low mood sebab minggu depan outstation lg. Alahai, bosannya. Walaupun dekat, tp rasa malas sgt2 nk g. tapi apakan daya, dh tugas. Patutkah aku resign?