Tidak sabar menunggu hari esok. Esok aku akan pulang kembali ke KL setelah bekerja keras di Penang ini. Bosan sebenarnya lama-lama tinggal di hotel kerana banyak kerja lain terbengkalai di opis. Barangkali aku perlu bekerja weekend ini untuk selesaikan smua kerja-kerja tertangguh. Kalau nak harapkan weekdays je mmg xsempat siapla jawabnya. Ni tak masuk arrange meeting kat cherating dan sabah lg ni. Walaupun baru di peringkat proposal, tetapi dh kena mula siapkan bahan. Asyikmeeting je, bila nak buat keje.
Tidak berhasrat untuk menulis tentang perjalanan hidupku di penang selama 5 hari di sini kerana perlu menunggu sehingga hari terakhir, tetapi harus menukilkan beberapa perkara yang perlu supaya posting seterusnya tidak panjang.
Malu. semua orang malu tetapi kadang-kala sesuatu itu tidak harus dimalukan. Ahad yang lalu aku keluar seawal 7.30pg untuk check in awal bersama luggage di KL sentral. Walaupun penerbangan pukul 10.35, aku memilih untuk bersarapan bersama sahabat di sana. Beliau ke KL sentralĀ untuk menjemput sepupu beliau, pelajar RPKJ kolej ke-12 UM.
Kami bersembang pelbagai perkara sehingga jam 9.20pg. Aku mengambil keputusan untuk melilau seketika di di kedai buku sehingga jam 9.30pg dan terus ke KLIA Express. Train berikutnya adalah jam 9.40pg. Train ekspress sepatutnya hanya mengambil masa 28minit tetapi perkhidmatan ini digabungkan dengan ERL transit meyebabkan ianya mengambil masa hampir 40minit. Sampai di KLIA jam menunnjukkan pukul 10.20pg. AKu hanya mempunyai masa 5minit dari KLIA Ekspress di tingkat bawah ke pintu B6. Pemeriksaan keselamatan amat ketat kali ini, tidak seperti biasa apabila siren berbunyi.
Aku berjalan dalam kemengahan dan ketika melewati gate B5 terdengar pengumuman meminta aku segera ke gate B6 untuk pelepasan segera. huhu. Akhirnya sampai juga. Walaupun lewat dari waktu yang paling lewat (10minit sebelum waktu pelepasan, pintu pesawat akan ditutup), aku disambut dengan senyuman oleh pramugari. Ntah senyuman apa yang diberikan, tetapi senyuman itu membuatkanĀ aku malu sendirian selepas namaku berkumandang di corong speaker. Terima kasih kerana menunggu dengan penuh kesabaran. Barangkali kerana luggage ku sudah berada di dalam perut pesawat, mereka menunggu aku. Pesawat pun tidak penuh seperti biasa menyebabkan aku berjaya mengawal pergerakan pramugara/i. hukhuk.
Kemaluan kedua adalah tentang sikap seorang guru yang sangat mengecewakan. Pada mulanya aku amat menghormatinya tetapi apa yang dilakukannya itu membuatkan terkejut. Seolah-olah tercabut segala topeng yang dipakainya selama ini. Hanya memalukan profesion mulia ini apalagi sahabatku ramai yang memakai tittle itu. Usahlah meletakkan kesalahan sendiri kepada orang lain dek kerana kita ingin memungkiri janji. Cukup hanya mengaku tanpa perlu meletakkan kesalahan itu kepada diri sendiri. Walaupun itu hanya alasan lapuk, tetapi mengambil pendekatan mengaku itu lebih baik. Tiada siapa akan salahkannya tetapi jika anda mengambil jalan ini untuk memalukan diri sendiri, terserahlah. Orang lain boleh mengapa tidak anda. Bukan hanya anda mempunyai tanggungjawab itu. Anda mementingkan diri sendiri.
Aku tidak tahu yang ketiga ini boleh dikategorikan sebagai memalukan. Seorang rakyat kelantan tidak tahu bahawa satu kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang kosong ekoran kematian wakil rakyat DUN Manek Urai, Kuala Krai. Allayarham Poksu Weil meninggal hampir seminggu tetapi rakyat prihatin ini masih tidak tahu. Jika adikku yang bongsu pun boleh berbicara tentnagnya, takkan anda yang sudah berstatus ayah tidak tahu tentang itu. Ambil tahulah tentang sekeliling kita. Bukan hanya mengambil tahu hal sendiri saja.
Okey!!!?
Kemaluan terbesar apabila Hotel Royal tempat penginapanku di Penang gagal menyediakan channel ESPN sekaligus menggagalkan usaha aku untuk menonton Barcelona meg’ayam’kan Man Utd. Setakat channel Star Sport je nak buat apa. Huh, gagal menonton perlawanan akhir Champion League disebabkan tiada channel tersebut di Hotel adalah sesuatu yang teruk. Kalau semi-final boleh gagah lagi, ni Final beb. Bro Banquet mencadangkan aku menonton di bar&lounge hotel di tingkat bawah saja. Tidak sanggup rasanya bila membayangkan kalaulah aku mati di tempat tersebut. Cadangan kedua adalah di Restoran Pelita yang mengambil masa 15minit jika berjalan kaki dari hotel. Ketensionan menyebabkan aku tertidur dalam kekecewaan. Sebelum terbang pulang, aku meninggalkan sekeping nota yang agak panjang kepada pihak pengurusan meluahkan kekecewaan aku ini. hehe. Maybe sebab hotel yang aku menginap ketika Final tahun lepas ada channel ESPN.