Aku dan ISM
May 8, 2009 by hariri
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat belajar yang mempunyai kenangan2 yang menusuk kalbu. Minggu ini aku meng’mc’kan diri bagi mengubat kerinduanku kepada ISM. Sudah lama aku tidak ke sana dan sudah pasti kerinduanku kepada ISM tidak dapat digambarkan lagi. Kesempatan ini aku gunakan sepenuhnya untuk bermanja-manja dengan ISM yang sudah lama tidakku datangi.
Setibanya aku ke sana jam 10.30pg, aku terus memasuki Pejabat Am untuk berjumpa sahabat yang lama tdk bersua. Kelihatan “NOTICE ; UNDERGRADUATE AND POSTGRADUATE STUDENTS ARE STRICTLY NOT ALLOWED TO ENTER THIS OFFICE ; HEAD ISM.” Haha, aku bukannya undergraduate student lagi dan belum menjadi postgraduate lagi, jadi notis ini tidak ditujukan kepadaku. Lagian, tiada siapa yang menegur tindakanku ini.
Aku meninggalkan kira-kira 20 minit kemudian kerana ada perkara yang perlu diselesaikan dan berjanji akan datang pada sebelah petang. Menjelang pukul 1 tengahari, aku kembali ke ISM ke ISM. Walaupun berjanji utk datang sebelah petang, namun kehadiran awal ini terpaksa dilakukan dan aku terus ke bilik pensyarah kesayangan. Untuk permulaan, aku hanya berjumpa dengan Dr Ib. Wah, sudah memperoleh gelaran Prof Madya rupanya. Kata Dr, beliau bernasib baik memperoleh sebelum kehadiran NC baru. Nc baru juga bertindak melantik Prof Ong sbg Head ISM yang baru. Huh…
Hanya seketika saja sembang kami bersembang kerana Dr kelihatan penat dan letih di samping timbunan kertas jawapan student yang ingin ditanda. Wah, kalaulah paperku ada di dalam timbunan iu,… Lagian, beliau dalam dilema samada ingin pulang ke kampung atau tidak. Marking Paper vs Blk Kg melawat mak mentua sakit. Oleh kerana paper tersebut dikongsi bersama lectrer lain, sukar utk beliau membawa blk paper tersebut. Aku memohon diri untuk memberi ketenangan kepada Dr di samping mempunyai hal yang perlu diselesaikan. Aku memilih untuk lunch di Kolej 12. Wah kenangan lama menusuk kalbu. Inilah sebab aku ‘kureng’ skit utk dtg UM. Ada saja yang menegur. Huhu, dh tua dh masih ada junior yang mengingatiku. Juga masih ada rakan seangkatanku dulu ingat aku tidak bergraduan lagi melihat aku disana. Wah, sampai hati…
Seperti dijanji, aku kembali ke ISm menjelang 4.30 petang selepas selesai berperang dengan MU. huh, pertarungan baru bermula. Aku terus ke Pejabat Am dan kali ini aku dijamu dengan mee goreng bersama jus mangga. Terima kasih atas layanan sebagai VIP ini. Ketika sedang menjamu slera, datang Prof Hadi menegurku. “eh, hariri ada. bila sampai” tegur beliau. Huh, terkejut aku tetiba di sapa oleh beliau. Sememangnya dari pagi aku ingin bertemu beliau, namun keseganan membuatkan aku menangguhkan hasratku sehinggalah kmai berjumpa di Pejabat Am.
Selesai menjamu selera, aku keluar menuju ke surau ISM. Keluar dari pejabat, aku terserempak dengan Dr Mohd. Alhamdulillah, beliua jg masih mengingatiku dan kami bersembang seketika sebelum aku meminta diri. Tiba di surau, terjumpa pula dengan Dr Daud. wah, ni dah kira pakej lengkap ni. Alhamdulillah, akhirnya berjumpa dengan semua pensyarah yang aku ingin jumpa. Solat bersama mereka mengingatkan aku kepada nostalgia semasa berada di ISM. Walaupun surau ini khusus untuk kakitangan, namun aku sering solat bersama mereka dan inilah merupakan salah satu faktor yang merapatkan kami dan seterusnya mencetuskan MANTAP yang melahirkan pelapis Kelab.
Solat dan bertadarus dalam bulan ramadhan bersama pensyarah adalah kenangan indahku di sana walaupun hanya aku satu-satunya pelajar undergraduate. Seorang lagi pelajar turut serta tetapi beliau adalah pelajar postgraduate dr negara arab. Cuma aku difahamkan, ramadhan yang lepas aktiviti ini diupgradekan, tadarus disingkat sehingga solat zohor dan selepas zohor diadakan tazkirah di mana setiap org akan menyampaikan tazkirah secara bergilir-gilir. Sehari seorang pentazkirah berbanding semasa ku dulu hanya diadakan tadarus.
Apapun, sekurang-kurangnya kehadiranku kali ini dapat mengubat rinduku pada ISM. Terima kasih di atas hidangan mee goreng pedas yang lazat itu. Moga berjumpa lain kali.
org plg femes kt ism, lesturer mne la xkenal kan…