Panggilang Pulo
May 4, 2009 by hariri
Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga geng e-kodon meneruskan aktiviti yang tergendala selama setahun. 1 Mei 2008, kami merancang untuk ke Pulau Kapas, namun cadangan ini tergendala kerana kelemahan sistem pengurusan Chalet Mak Cik Gemuk yang menyebabkan kami menukarkan rancangan ke Cameron Highland. Setelah genap setahun, kami akhirnya sampai ke Pulau Kapas.
Khamis 30 April 2009
Kami bertolak ke Terengganu dengan menaiki 2 buah kereta iaitu MyVi dan SAGA. Walaupun kami kehilangan bro Qme yang terpaksa membatalkan hasrat awal untuk bersama kami, tetapi kali ini 2 orang housemate ku yang lain turut serta dan ditambah dengan opismate K. bro Qme ada event yang lebih menarik dari bersama kami. =)
Oleh kerana 7 dari 9 orang dari kami memiliki kereta, aku memilih untuk berehat saja sepanjang perjalanan pergi dan blk. huhu. Lagian, pemandu berhemah seperti aku tidak sesuai memandu di lebuh raya.
Jumaat 1 Mei 2009
Jika diingat kembali perancangan ke Pulau Kapas setahun yang lepas, rasa macam kebetulan pula kami ke sana pada tarikh yang sama. Allah menggantikan kembali perancangan tersebut. Sampai ke Terengganu, kami bersenang2 di rumah K di Marang untuk menghilangkan penat lelah. Sebelum bertolak ke Jeti, kami sempat bertemu seorang lagi anggota e-kodon yang tidak dapat join percutian ini kerana kesibukan tugas. Maklumlah, seorang doktor sudah pasti sibuk dengan jadual on call. Walaupun beliau yang mengatur jadual on call, tetapi semestinya beliau ingin menyimpan cuti untuk majlis perkahwinan beliau bulan hadapan. Jadi, beliau hanya menghantar kami ke jeti.
Perjalanan ke Pulau Kapas tidak mengmbil masa yang lama. Sampai di sana, kmai ditempatkan di Kapas Coral Beach chalet. Em, cuaca yang membahang menyebabkan kami memilih untuk berehat di chalet saja selepas berjln2 di kawasan berdekatan. Aktiviti petang itu adalah snorkling and round island.
Habis aktiviti itu kami menghabiskan waktu petang dengan bermain bola tampar dan mandi manda.
Aktiviti malam hari adalah BBQ ayam, ikan dan hot dog yang diserikan dengan nasi goreng dan mee goreng. Selesai menikmati hidangan, kami berjalan-jalan menikmati udara segar sambil membakar kalori sehingga ke hujung pulau.
Letih dan mengantuk menghantui diri menyebabkan aku terus tido selepas balik dari jalan-jalan dan aksi puteri gunung ledang. Memang lena tidur kalau letih di tambah dengan keadaan yang agak selesa. Kami bernasib baik kerana memilih untuk menginap di chalet kerana pada malam itu hujan dan ribut melanda. Pelawat yang berkehmah terpaksa melarikan diri ke chalet kami kerana khemah mereka telah ranap. Patutla bsing je mlm tu tapi kepenatan menghalang aku dari bangun.
Sabtu 2 Mei 2009
Usai solat subuh, kami berjalan-jalan sambil meneruskan aksi lompat melompat sebelum menyambung aksi bola tampar. Nampaknya ada orang tidak berpuas hati dengan permainan petang semalam. Seterusnya kami bersarapan sebelum meneruskan dengan aktiviti berkayak dan mandi manda. Rupa snorking di kawasan ini lebih cantik dari kawasan yang kami pergi semalam.
Selepas puas berendam, kami bersiap2 untuk pulang ke tanah besar. Walaupun singkat tetapi kepuasan itu tetap aku perolehi. Sampai di jeti, kami berehat-rehat di rumah K sebelum ke KT bagi meraikan sahabt yang belum sampai ke Masjid Kristal. Walaupun aku pernah ke sana, tetapi pergi bersama sahabat amat berbeza dari pergi sendirian. Kami singgah solat maghrib di Masjid Terapung sebelum ke Restoran kuning di Kelulut bg menikmati makan besar. Family K turut di jemput.
Usai makan, kami pulang ke rumah K yang juga merupakan penginapan kami pada malam itu. Menyedari pada malam itu ada perlawanan melibatkan Arsenal, aku, bor Po yang merupakan peminat arsenal dan bro kimone (MU) keluar menonton perlawanan hebat ini. Rata-rata kedai yang kami singgah menyiarkan siaran AF. Bosan giler. Kami meletakkan syarat kepada sebuah kedai yang meminta kami singgah di kedai mereka. Tukar channel 813 jika mahu kami singgah. Wah, begitu mudah sekali beliau bersetuju dan kami memilih tempat paling hadapan. Menikmati sotong celup tepung dan kerang bakar, kami menonton sehingga tamat perlawanan.
Sebelum ke kedai ini, kami singgah dulu ke restoran makan besar untuk mencari kamera K yang ditinggalkan di situ. Huh, cuai bangat. Nasib baik pekerja mereka jujur dan menyimpan kamera untuk kami. Jika tidak, sudah pasti sejuta pengalaman berharga di dalam kamera itu hilang begitu saja. Kamera buleh beli, tetapi gambar di dalam itu yang mahal.
Ahad 3 Mei 2009
Menikmati sarapan nasi dagang yang sedap menyebabkan aku menambah beberapa kali. Terima kasih kepada mak K yang bangun seawal 4 pagi menyediakan hidangan istimewa ini. Usai bersarapan kmai ke Pasar Payang mencari sesuatu yang boleh dijadikan kenangan kami. Aku hanya memilih baju Pulau Kapas saja kali ini.
Sebelum pulang, kami singgah membeli keropok lekor di Kedai 008. Aku mencadangkan kedai ini kepada sesiapa saja yang datang ke terengganu dan ingin membeli keropok lekor. Jauh lebih sedap dari keropok losong yang hanya gah pada nama namun hampeh pada rasanya.
Makan tengahari kami pada hari itu di kenduri rumah opismate K. Menarik juga kerana bunga telur diganti dengan surah yassin dan tahlil. Insaf sekejap. namun driver yang drive langsung tidak menampakkan keinsafaan apabila terus dengan aktiviti memecut sehingga 160kmj. Bayangkan kereta seperti SAGA diperlakukan begitu. Kalau city or civic, boleh la dipertimbangkan.
Sampai di Bentong, kami singgah di rumah afifi untuk menikmati hidangan makan malam. Sekali lagi aku dihidangkan dengan makanan kegemaranku iaitu ikan fatin masak tempoyak. hukhuk. Banyak betul hidangan istimewa kali ini. Barangkali berat juga juga naik mendadak.
Sesampai di rumah jam menunjukkan pukul 11 malam. Selepas menyucikan diri, aku terus tdo bagi mengambil rehat seckupnya untuk ke tempat kerja.
Hari ini Isnin 4 Mei
Aku menerima memo dari bos untuk ke terengganu lagi selama 4 hari. huh, bosannya. Sudah tentu tiada orang lagi di sana. Boleh tak nak skip? Baru pulang dari terengganu, kembali bertugas ke terengganu dan akhirnya sekali lagi ke majlis perkahwinan di terengganu.
Ke manakah destinasi kodon seterusnya. Apakah resolusi Melaka dapat kami laksanakan untuk pertemuan seterusnya? atau ke Deerland sambil memandikan gajah? Apapun masih terlalu awal untuk memikirkan segalanya. Mungkinkah kami berjaya mengumpulkan semua ahli kodon pada pertemuan seterusnya? atau K akan mengikuti jejak langkah bro Qme. Tersipu-sipu dan agak merah muka K bila menyentuh soal ini. Apa mungkin giliran K sudah tiba. Kami berbesar hati sekiranya itu berlaku. Go go go K.
hooo…. aku terpias dek sindiran ko… anywhre, SAGA je kan……. but then, boleh gak kete tu g sederas tu…. in the next future bolh la tukar keter lain lakkkkk…..
ok….
SAGA is d best… xperlu tukar lagi