Balik lewat + Anugerah Media
April 22, 2009 by hariri
Selasa, 21 April 2009
Hari ini amat sibuk dengan persiapan Malam Anugerah Media Kesihatan 2009 yang akan diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada esok hari. Aku terpaksa menyiapkan list nama yang mengandungi susunan tempat duduk VVIP, VIP, wartawan pemenang dan para hadirin. Sudahlah semalam dan hari ini bertindak membantu unit jemputan dan protokol menelefon para jemputan bagi confirmkan kehadiran mereka.
Oleh kerana event manager adalah bos ku maka tempias kesibukan terkena kepadaku secara langsung apatah lagi dengan perletakan jawatan rakan setugasku sebelum ini. Tapi tidak mengapa, aku tidak kisahkan itu semua tetapi aku hanya melakukan tugasan mengikut had kemampuan aku saja.
“hariri, hari ni balik lewat ek”, kata beliau.
“lewat? pukul berapa?” tnyaku.
“dalam pukul 9 malam”, jawab beliau acuh tak acuh. Aku tidak mengambil berat akan jawapan beliau itu kerana pada anggapanku beliau hanya bergurau. Bukan kali pertama beliau bergurau sedemikian.
Peng menelefonku mengajak pulang tetapi aku meminta sedikit masa untuk menyiapkan sedikit lagi kerja. Hari ini tugas Peng memasak jadi sebaiknya kami harus pulang lebih awal. jam menginjak ke jam 7mlm, rasa bersalah menyelubungi diri kerana membiarkan Peng menunggu terlalu lama. Selesai kerjaku, aku compile semuanya ke dalam kotak untuk di bawa ke hotel esok hari. Baru saja ingin pulang, aku melihat banyak lagi perkara yang tidak selesai oleh beliau. Aku dalam dua, samada ingin pulang atau terus bekerja sehingga selesai. Beliau mencadangkan supaya Peng pulang dahulu sementara aku menyelesaikan kerja dan mencadangkan supaya aku tidur di rumahnya. haha. Maaflah, aku tidak bisa tidur lena si rumah orang. lagian, esok pasti sukar untukku. Terima kasih kepada peng kerana sudi menunggu sehingga selesai.
Jam 8 malam, kami keluar makan sambil mengambil udara segar. Selain kami ada 2 orang lagi pegawai yang diimport dari Kedah menyelesaikan persiapan akhir bagi malam anugerah nanti. Destinasi pilihan kami adalah Taman Warisan Pertanian. Rupanya lagi rancak suasana malam di sana. Selesai menjamu sate, kami menyambung kembali kerja-kerja tertangguh sehingga selesai. Susunan kedudukan di meja susah sekali untuk dilakukan kerana terlalu ramai VVIp dan VIP di samping jemputan yang agak ramai.
jam 11.30 malam semuanya seakan selesai. Itu pun masih ada bebrapa perkara yang perlu diselesaikan keesokan harinya. Kami mengambil haluan masing-masing. Boasku pulang ke kajang, aku dan Peng ke KL sementara staff dari Kedah pulang terus ke negeri mereka.
Sampai di rumah jam 12 tengah malam. Wah tidak pernah pulang dari opis selewat ini. Pintu rumah berkunci dan anak-anak sudah tidur di bilik mereka. Seorang anak sudah kembali ke kampung halaman di Terengganu tanpa sempat kami bersalaman. Di dapur masih terdapat lebihan mee goreng yang dimasak oleh mereka setelah diminta oleh ibu yang tidak dapat pulang awal memasak. Untung mereka sudah pandai memasak dan berdikari, kalau tidak susah juga. Beginilah agaknya situasi anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sangat sibuk. Terjaga mereka, ibu bapa sudah ke tempat kerja, tidurnya mereka, ibu bapa belum pulang. Moga aku tidak begitu suatu hari nanti.
Rabu,22 April 2009
Kelewatan pulang semalam menyebabkan aku terasa tidak mahu ke pejabat (tidak mahu menggunakan istilah malas kerana pernah dipesan supaya tidak menggunakan perkataan negatif ini). Aku sudah meminta kebenaran semalam untuk tidak mahu ke pejabat lebih-lebih lagi perlu menghadiri rehearsal di Hotel Hilton yang berdekatan saja dengan rumahku. Seperti membazirkan masa saja ke pejabat padahal perlu berada di Hotel pada sebelah petang. Apatah lagi kerja-kerja melibatkan majlis ini tiada di pejabat. Tidak ke pejabat bukan bermaksud boleh rileks di rumah tetapi aku terus ke hotel pagi itu untuk meninjau persiapan tempat dan teknikal lain.
Tugasanku pada malam itu adalah sebagai usher Timb. Menteri dan suami. Tak nak lah komen lebih-lebih. Apapun majlis tersebut berjalan lancar. Cuma terdapat sedikit kekalutan disebabkan penyusunan tempat duduk VVIP dan VIP yang aku lakukan pada malam semalam dilakukan pengubahsusaian lagi sejam sebelum majlis. Tu la, kalau ikut saja perancangan awal kan senang. Apapun semua rakan-rakan melaksanakan tugas dengan sempurna. Tahniah.
Ai, tidak ke pejabat hari rabu bermakna aku tidak mendapat kaunseling dari penasihat pemakananku.
Khamis, 23 April 2009
Hari ini sedikit bersemangat untuk ke opis kerana beban kerja sudah berkurangan sejurus berakhirnya Majlis Anugerah ini. Aku percaya, bos ku pasti cuti pada hari ini. Aku? Aku tidak dapat bercuti kerana perlu menumpukan perhatian kepada meeting yang akan diadakan pada bulan hadapan. Walaupun kelulusan tempat sudah diperolehi, namun surat penggilan harus cepat dihantar kerana para peserta kali ini termasuk guru-guru sekolah seluruh malaysia.
Namun semangat ke opis pada hari ini sedikit terencat kerana soyuz sangat penat. Dipertengahan jalan, baru saja memasuki highway, soyuz memberitahu bahawa ia seakan mahu pengsan. Aku bergerak ke tepi dan sebaik saja sampai ke bahu jalan, soyuzku pengsan serta merta. Barangkali ia dah overdose. Aku terfikir,
“manakan tidak, selepas sesat menemaniku kerja lewat malam, ia juga tersesat di parking Hilton. Sukar untuk memasuki parking di Hilton. Semua kereta di cek boot. Soyuzku juga ingin di cek bawah seat. Semua kereta canggih-canggih masuk kep parking, barangkali soyuzku masih trauma. Bila tersilap jalan di parking undergound itu, pasti ada guard yang menunggu di hadapan memaklumkan ia tersilap jalan. Begitu cekap sekali perhubungan antara mereka”.
Beberapa kali aku membangunkan ia, namun seperti gagal, selepas bangun ia pengsan kembali. Selepas berehat seketika memikirkan tindakan seterusnya aku mencuba sekali lagi dan kali ini ia bagun dan terus membawa kami ke opis. huh, dah sampai opis ni, rehatla cukup-cukup sampai petang. Ye, sampai petang. Bukan lagi tengah malam.
Hilton sememangnya hotel yang amat sesuai sesiapa yang malas. Semuanya auto dari masuk tandas hinggalah selesai qadha hajat dan keluar tandas. Sementara biliknya tidak user-friendly kepada ku walaupun ratenya sama nilai dengan perbelanjaan di KLIBF.
its was great idea.. the way u rite down the line strory…
it was superb..
good job..
thanks 4 being my budy!!!