Kelantan dan Arsenal
April 20, 2009 by hariri
Aku sebenarnya bukanlah terror sgt bermain bola sepak tetapi minat kepada bola sepak agak tinggi. Namun begitu, aku lebih suka melayan Bola Sepak Eropah berbanding Malaysia kerana corak permainan mereka yang lebih menarik. Bukanlah maksudku untuk meremehkan Bola Sepak Malaysia yang semakin merudum, tetapi bagiku jika FAM itu tidak berubah, boleh sepak Malaysia tidak akan ke mana.
Sudah ramai jurulatih bertukar tetapi bola sepak Malaysia tidak juga bagus. Jadi sudah tentu bukan salah jurulatih. Begitu juga dengan pemain. yang tidak bertukar adalah pengurusan FAM itu sendiri. Bukan saja tidak mahu berganjak, malah bertindak mendenda sebarang kritikan dan teguran. Sikap beginilah yang memualkan para peminat bola sepak Malaysia.
Aku amat jarang mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia walaupun melibatkan pasukan Kelantan sendiri. Faktor utama seperti yang dinyatakan di atas. Bahkan jika perlawanan melibatkan kelantan dan arsenal dilangsung secara live di tv yang berbeza aku memilih menonton perlawanan Jaguh England tersebut. Paling menarik perhatianku tentang bola sepak Malaysia ini ketika insiden di Kota Bharu tempoh hari. Nyata sekali herdikan media mengundang simpati dari rakyat Malaysia yang lain.
Sebuah rancangan talk show berkenaan bola sepak yang sedikit sebanyak menyentuh hal ini mendapat respon yang baik dari pemaggil. Malah ramai yang menunjukkan sokongan kepada Kelantan walaupun pasukan negeri mereka tewas di peringkat awal atau suku akhir. itulah, berita yang keterlaluan kadang kala mengundang simpati dan memualkan rakyat. Sama seperti tohmahan media kepada PAS yang akhirnya menarik sokongan rakyat kepada Parti Islam tersebut.
Piala FA
Perlawanan separuh akhir piala FA Malaysia dan Inggeris berlangsung pada hari yang sama. Negeri Sembilan vs Kelantan dan Chelsea vs Arsenal. Keputusan akhir perlawanan Kelantan diperolehi dahulu dengan berjaya menjinakkan NS dengan aggerat 2-2 walaupun ketinggalan aggregat 2-0. Agak menghampakan bilamana tahun ini Arsenal memberi muka kepada Chelsea untuk layak ke akhir. Kekalahan 1-2 selepas mendahului 1-0 menunjukkan sikap pemurah arsenal.
Apapun, kekalah Man Utd kepada Everton sudah dijangka dari awal lagi. Cuma agak mengejutkan kerana Man Utd berjaya menyeret Everton ke penentuan sepakan penalti. Perlawanan akhir antara Chelsea vs Everton pasti lebih menarik. Bukan bermaksud meremehkan perlawanan Selangor vs kelantan, tetapi jika FAM masih ditakuk lama dan ditadbir oleh orang yang tiada pengetahuan tentang bola sepak, selagi itulah bola sepak Malaysia tidak akan ke mana.
Agaknya berapa piala arsenal akan dapat musim ini yer?
Hehe..
Kehebatan sesuatu pasukan bukan terletak kepada berapa banyak piala yang dimenangi.
Apapun MU seharusnya berterima kasih kepada arsenal yang mengikat Liverpool.